Selamat Datang-Selamat Datang-Selamat Datang-Selamat Datang-Selamat Datang-Selamat Datang

12 rabi ul awwal

Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad saw

Keputeraan Nabi Muhammad saw
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya, bersempena Hari Keputeraan Baginda 1425 Hijrah.
----------------------------------------------------------------------------- 1. "Ya ALLAH, semoga ENGKAU limpahkan kesejahteraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad saw dengan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami dan jadi baiknya akhlak kami, serta curahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya." 2. "Ya ALLAH, limpahkan sepenuh rahmat dan sesempurna kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yang dengannya terungkai segala simpulan dan terhapus segala kesusahan dan termakbul segala hajat dan tercapai segala harapan dan cantiknya segala kesudahan, serta diharapkan turun hujan dengan berkat wajahnya yang mulia. Dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya pada setiap detik waktu dan tarikan nafas dan setiap yang termaklum oleh MU." 3. "Ya ALLAH, kurniakan rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yang mudah-mudahan dapat mengubati hati (umat) dan menjadi penawar dan menyihatkan badan dan menyembuhkan segala penyakit dan memberi cahaya penglihatan dan menyinarinya. Dan juga limpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya." 4. "Ya ALLAH, limpahkan kesejahteraan, keselamatan dan keberkatan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad saw dan ke atas keluarganya sebanyak bilangan rezeki dan pintu rezeki, Wahai ZAT yang MENGANUGERAHKAN rezeki yang luas untuk kami yang datang dari setiap arah perbendaharaan MU yang ghaib dengan tiada makhluk lain yang iri hati (hasad dengki), hanya dari anugerah dan kedermawanan MU jua, Wahai ZAT Yang Maha PEMURAH." 5. Kelahiran Nabi Muhammad saw, adalah ketika tanah Arab dalam keadaan gelap, keliru, musyrik, pertarungan dan pertentangan berlaku antara puak.
Nabi Muhammad saw berjaya membersihkan umatnya dari beraneka kejahatan dan kerosakan,
Nabi Muhammad saw mengubah puak yang biadab menjadi yang beradab. Rasulullah saw tidak meninggalkan kekayaan dan harta bertimbun,
walau pun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad saw tidak salah guna kuasa,
walau pun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad saw tidak menyeleweng,
walau pun menjadi ketua pemerintahan negara Islam yang pertama, Nabi Muhammad saw tidak lakukan nepotisme, kolusi, kronisme dan rasuah,
Rasulullah saw hanya meninggalkan Al-Quran dan Sunnahnya untuk dipegang, diikuti, disambung perjuangannya dan ditegakkan di mana-mana.
Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad saw. 6. Akhlak Nabi Muhammad saw, adalah terkenal dengan jujur dan amanahnya.
Nabi Muhammad saw jujur dalam memperjuangkan Islam,
Nabi Muhammad saw tidak pernah berbohong,
Nabi Muhammad saw benar dalam perbuatannya,
Nabi Muhammad saw membawa kebaikan pada umat,
Nabi Muhammad saw menyempurnakan akhlak masyarakat,
Nabi Muhammad saw tidak merosakkan umat,
Nabi Muhammad saw kasihan pada yang lemah dan para remaja,

Nabi Muhammad saw tidak menyesatkan umat,
Nabi Muhammad saw tidak merasuah umat,
Nabi Muhammad saw adil pada rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak memganiaya rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak menakut-nakutkan rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak menzalimi rakyat melalui ISA,

Nabi Muhammad saw tidak khianat harta rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak pecah amanah wang negara,
Nabi Muhammad saw tidak menyeleweng dan salah guna kuasa,
Nabi Muhammad saw tidak mengabui dan melalaikan rakyat,
Nabi Muhammad saw tidak mengamalkan teori machiaveli,

Nabi Muhammad saw tidak menipu,
bahkan Nabi Muhammad saw sangat jujur, amanah, berkata benar, berbuat benar dan mudah kelakunya (simple and honest) sehingga digelar Al Amin.

Orang sekarang terlalu banyak teori (termasuk teori politik machiaveli) yang mengelirukan dan menyesatkan.

Yang pentingnya ikhlas, jujur dan beristiqamah dalam perjuangan Islam.
Kepimpinan Nabi Muhammad saw adalah contoh terbaik keikhlasan dan kejujuran itu.

Dalam pentadbiran sebuah negara, apabila kejujuran diletakkan sebagai perkara lebih utama dari kepentingan cerdik, bijak dan boleh dibawa ke tengah ke tepi, pandai pakai kot dan tie, maka itulah kematangan.

Ya kematangan, kematangan kita dalam memilih dan meletak mereka.

Sebab orang yang jujur tidak akan merosakkan perjuangan,
orang yang jujur tidak akan merosakkan parti,
orang yang jujur tidak akan merosakkan keluarga,
orang yang jujur tidak akan merosakkan umat,
orang yang jujur tidak akan merosakkan agama,
orang yang jujur tidak akan merosakkan negara,
orang yang jujur tidak akan merosakkan dunia dan alam.

Itulah salah satu sifat utama Nabi Muhammad saw,

Nabi tiada kelulusan BSc hatta Phd,

Nabi tiada pandai membaca dan menulis,

Tetapi kejujuran dan keikhlasan Baginda tidak dapat dipertikai.
Itulah yang patut kita dan pemimpin contohi.

Sekarang kita banyak melihat orang yang bijak pandai menipu, menyeleweng, merasuah.
Sekarang kita banyak melihat orang berkelulusan tinggi menipu, pecah amanah, dsbnya

tengoklah mahathir tu pandai, tetapi menipu dengan muka selamba,
dan telah pun dicontohi dan ikuti pemimpin dan puak umno menipu, pengerusi dan orang spr juga menipu.

Orang yang tak jujur akan merosakkan,
merosakkan perjuangan,
merosakkan pengikut,
merosakkan umat,
merosakkan agama,
merosakkan negara,

orang yang jujur dan tahu sedikit dan pakaiannya biasa adalah kurang mudaratnya, ya kurang mudaratnya dari orang yang bijak, tahu banyak, lagi dress up tetapi menyeleweng, tidak jujur dan tidak amanah.

Ikutilah contoh akhlak Nabi Muhammad saw dan,
pegang teguhlah dengan AL-Quran, Hadis dan Ulama.

jika terlalu banyak teori dan sumber (termasuk machiaveli) nak guna sebagai ikutan, manusia akan terkeliru.
Yakinlah dan pegang teguhlah dengan AL-Quran, Hadis dan Ulama.

Sesungguhnya ALLAH Maha MENGETAHUI.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarga dan sahabat Baginda sekeliannya, bersempena Hari Keputeraan Baginda 1425 Hijrah.
 
 
dipetik dr: http://www.tranungkite.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan