Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a :” Rasulullah
SAW bersabda yang maksudnya:” Apabila seseorang memeluk agama Islam
dengan ikhlas, Allah akan mengampunkan semua dosa-dosanya di masa lalu.
Kemudian setelah itu mulai diadakan perhitungan, pahala untuk setiap
perbuatan baik yang dilakukannya dilipat gandakan sepuluh sampai tujuh
ratus kali ganda sedangkan setiap dosa yang dilakukannya akan dicatat
sebanyak dosa yang dilakukannya kecuali apabila Allah mengampunkannya.”
(al-Bukahri)
Huraian
Mualaf ialah orang yang baru berjinak-jinak Islam. Dari segi bahasa mualaf bererti lemah. Istilah ini lalu disandarkan kepada mereka yang baru saja memeluk Islam dan masih lemah pemahamannya tentang Islam. Kebanyakan daripada kita tidak memahami keperluan mualaf. Mualaf sebenarnya mengharapkan teman dan sahabat yang dapat memberi sokongan moral dan perlindungan dari kecaman keluarga mahupun saudara, kerana perpindahan agama bukanlah perkara yang mudah sebaliknya memerlukan banyak pengorbanan. Justeru perlu ada pihak yang menyelia dan membimbing golongan yang baru memeluk Islam ini agar mereka tidak kembali murtad. Contohnya menziarahi mereka supaya tidak terabai dan memantau perkembangan mereka. Kebanyakan kes yang berlaku hari ini, orang memeluk Islam sekadar untuk mencukupkan syarat membolehkannya berkahwin dengan pasangan yang beragama Islam. Bukan dengan niat yang benar-benar ikhlas mahu mentauhidkan Allah SWT. Bagi mualaf yang ikhlas ingin memeluk Islam pula, mereka akan melaksanakan ajaran Islam secara bertahap. Bahkan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ada antara golongan mualaf ini yang jauh lebih taat daripada mereka yang sejak lahir memeluk Islam. Golongan inilah yang disebutkan di dalam hadis di atas. |
|
krdt:http://ii.islam.gov.my | |
Keistimewaan Memeluk Islam !
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan